Assalamualaikum..
Anak adalah anugerah Allah. Tanpa anak, hidup sunyi dan sepi... Merekalah yang menjadi penyejuk hati tatkala
hati bersedih, merekalah penawar segala duka nestapa sewaktu jiwa
berduka. Bukanlah kerana mereka kita menderita. Bukanlah kerana mereka
rumahtangga porak peranda. Anak-anaklah pembawa bahagia. Bersyukurlah
dikurniakan anak, walau bagaimana rupa mereka...ingatlah mereka anugerah
tidak ternilai dari allah untuk suami & isteri. Bagi yang belum
punya anak, bersabarlah. Perbanyakkanlah solat hajat, disamping
usaha-usaha yang lain.Mintalah pada DIA yg memberikan jodoh, rezqi dan
segalanya. Jangan berputus asa. Jika anda tidak punya harta, tidak punya
wang, tidak punya pangkat dan tidak punya segala... ingatlah, anda
tetap punya anak. Jadi janganlah dipersia-siakan anak-anak yang ada...
Perbanyakkanlah amalan, pertingkatkanlah zikrullah. Mudah-mudahan
anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan aku
dan suami juga bisa menjadi hamba yg beramal, bertaqwa dan cukup dengan
apa yang ada sentiasa. Amin Ya Rabbal 'Alamin...
- Mommy Ira -
0 orang berborak di sini!