Jumaat, 27 Januari 2017

Jom Makan Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum..

Haa..Saya nak story palk tentang salah 1 kuih favourite saya..Kuih Cara..yang ni mesti korang pernah makan. Ada yang rajin buat sendiri, ada juga yang beli. Kadang2 pasar malam or pasar pagi/tani or gerai makan pagi ada jual kuih ni..Ikutkan nak buat tu mudah ja. Kalau sorang ja nak makan tak berbaloi plak nak buat..kalau ramai..memang berbaloi. Tapi atas org jugak..kalau rajin n teringin nak makan.. untuk sorang makan pun dia akan sanggup buat.

Ni la homemade kuih cara.. Saya agak2 ja nak buh banyak mana..tepung gandum, santan 
( guna susu lemak rendah pun boleh ), garam, telur, kalau lembut tambah tepung..kalau keras sikit tambah air. Daun pandan yg dimesin, tapis untuk kuih cara tu kaler hijau.  Tak pun nak tukar kaler macam kaler kuning ka, boleh guna Safron Yellow Colour Powder.

Untuk inti pun buat simpel ja

tumis bawang putih dan bawang besar ,daging potong halus, cabai besar..
yg dah diblend..garam/gula..masak hingga kering dan biar sejuk sikit

mesin daun pandan..tapis dulu untuk dapatkan air kaler hijau..

Safron Yellow Colour Powder


 hasil blend semua bahan 






panaskan dulu loyang ni..buh planta sikit dalam setiap lubang. 
Tuang tepung tu agak2 penuh.. 
buh inti..nak bagi cepat masak tutup loyang tu.


Dah siap dan boleh makan.

Kadang2 Saya tak guna loyang kuih cara tapi guna cupcake maker..sebabnya malas nak guna dapur gas. Tapi ikut orang jugak la..ada yang lebih suka kuih acuan loyang tu.




Ikut orang jugak nak buat kuih cara manis ( gula ) or berlauk..ikut selera masing-masing.

- Mummy Ira -

Khamis, 26 Januari 2017

Bercuti di Salak Denai, Singgah Makan Mee Udang Ombak Lara

Assalamualaikum

Baru-baru ni Saya dan family sebelah Cik Husband sempat bercuti di chalet Salak Denai, Yan. Ni percutian kali 3 Saya ke situ. 
Kali pertama pi tahun 2012, kembar baby lagi dok kat chalet Siti Fatimah
Kali ke 2 tahun 2014, kembar besar sikitt kami dok kat chalet Siti Aminah
Kali ni pi dok kat chalet Siti Saffiyah.


Ikutkan area tu ada lagi chalet macam Salak Denai ni. Mungkin dah selalu ke sini. Kami pilih yang ni. Macam biasa la, kena booking awai..kalau tak penuh. Ikut plan kami semua pi tidur semalam kat sana tapi Cik Husband pulak ada kerja. Makanya family yang lain tidur kat sana, kami pi ja keesokkan harinya. Kira pi pagi balik petang la.

Ok jugak dok kat chalet Siti Saffiyah ni. Kalau ada yang tau konsep chalet ni 1 rumah 1 kolam..tapi ada jugak chalet yg 2 kolam..1 kolam kanak2 dan 1 kolam dewasa.  Macam chalet yang kami dok ni.. setengah hari 200..kalau 1 hari 1mlm 300..dengan harga tu..ada 2 bilik aircond..1 bilik kosong..2 katil queen size..3 tilam single tambahan..3 bilik air ( 2 dalam bilik, 1 kat luar)..dapoq masak..peti ais..cerek letrik..tv..tempat bbq..kolam kanak2 & dewasa. Kira berbaloi dengan harga dia.








Saya pi 1 hari pun kira kira selesa la jugak..cuma yang kena jaga2 sikit tu kalau kita bawak budak kecik tu kena perati sama la..dah ada kolam jangan ralit. Bawak la siap2 barang yang kita nak bawak..macam perkakas masak rice cooker ka, arang untuk bbq, pinggan mangkuk gelas pakai buang senang, ikut la nak bawak apa pun. Saya siap bawak mop cuma terlupa bawak penyapu tolak ayaq tu. Bukan apa..meja makan tu dekat dengan kolam..pakat naik turun kan dah basah lantai..takkan nak bagi basah lantai tu.  Tolak la ayaq sekali sekala. Tapi ikut la..kalau nak bawak..bawak.. tak nak sudah.  Balik pun kat pukul 5 dah..sebabnya check out pun pukul 5.







Dalam otw balik tu kami singgah pi makan mee udang. Kalau tengok dalam fb ni..rasanya Yan glamer dengan mee udang tapi selama Saya yang dok dekat dengan Yan ni..tak pernah sekali pun pi makan mee udang. Ni dah BIL ajak singgah..pi ja lah nak rasa sedap ke tak. Kami singgah kat ‘Ombak Lara Mee Udang, Kuala Dulang Kechil’. Tepi laut tempat nelayan turun ke laut. Tudia nama kedai pun dah sedap. Rasanya ada banyak menu kat situ, tapi tujuan tu nak pi makan mee udang, oder menu tu. Macam Haziq oder nasi goreng udang. Apa yang specialnya..yang specialnya menu tu ada udang banyak, besar, manis dan fresh. Sedap jugak. Kira berbaloi la makan kat situ.







Ok..Saya pun tak tau nak cerita apa dah..yang tu ja la kot. Kalau ada yang nak tau info pasai chalet Salak Denai & Mee Udang ni boleh terus cari kat facebook naa..babai..

- Mummy Ira -

Isnin, 23 Januari 2017

Apa sebenarnya yang perempuan rasa bila meroyan? - Dr Taufiq Razif

Assalamualaikum..

google
Penerangan dari Dr Taufiq Razif..

Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri?
Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!
Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.
Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.
1. Baby blues
Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.
Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.
Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :
+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur
2. Pospartum depression
Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.
Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :
+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna
3. Pospartum Psychosis
Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.
Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.
Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.
Jom bantu isteri kita!
P/ S : Saya Taufiq Razif bukan doktor sakit jiwa tapi saya rasa ilmu ni semua suami kat dunia WAJIB tahu! Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Sila la tag dan share pada pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat.
Apa sebenarnya yang perempuan rasa bila meroyan?
Saya terkejut besar sehari dua ni bila baca Private Message ( PM ) dan komen-komen sahabat Facebook saya. Rupanya ramai perempuan yang dah ada tanda-tanda terkena penyakit Meroyan tapi orang sekeliling tak sedar dan tak amik kisah pun lebih-lebih lagi suami sendiri.

Saya tahu mungkin para suami masa tu pun tengah pening untuk menyesuaikan diri dengan kedatangan orang baru dalam rumahtangga mereka. Pening fikirkan duit susu anak. Pening fikirkan jadual bertungku isteri. Pening fikirkan lauk pantang isteri. Pening fikirkan bila nak buat aqiqah baby dan banyak lagi tapi kesihatan dalaman dan mental isteri tak boleh dipandang sebelah mata. Bahaya besar tu kalau terlepas pandang!

Si isteri pulak kalau dah sedar diri tu ada tanda-tanda nak meroyan kena la bagitahu suami ye. Bagitahu elok-elok. Jangan takut untuk bagitahu suami sendiri. Suami sendiri kan. Bukan orang luar pun. Kalau orang luar mungkin diorang akan ingat kita ni dah gila tapi kalau suami ni biasanya dia akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita dalaman mahupun luaran.

Antara tanda-tanda diri kita terkena penyakit Meroyan yang teruk ( Postpartum Psychosis ) ialah :

+ mendengar suara yang entah dari mana menyuruh kita melakukan sesuatu ataupun mengkritik orang di sekeliling kita . Suara tu boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik. Suara tu juga boleh berupa suara yang terngiang ngiang di dalam kepala dan tak boleh dihilangkan walaupun dah bermacam cara dibuat untuk menghilangkannya.

+ tiba-tiba merasakan orang di sekeliling kita sedang berpakat untuk mencederakan atau menyakiti kita. Boleh jadi tiba-tiba kita curiga dengan orang yang selama ni kita percaya. Boleh jadi juga kita merasakan orang sekeliling kita cuba menyakiti dan membunuh baby kita

+ secara tiba-tiba merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan dan kekuatan luarbiasa yang melebihi orang normal. Rasa diri sangat kuat dan tak perlukan tidur walaupun secara realitinya fizikal kita dah sangat lemah dan perlukan rehat tapi otak kita tak mampu berhenti berfikir

+ merasakan ingatan, hafalan dan fokus makin tumpul. Kita susah nak fokus buat sesuatu perkara. Contohnya kita dah lupa resepi masakan yang biasa kita buat selama ni ataupun kita dah mula lupa jalan yang biasa kita gunakan untuk ke pasaraya ataupun pejabat

+ kita merasakan masa bergerak terlalu pantas ataupun terlalu perlahan. Kita dah tak tahu tarikh, waktu dan tempat kita berada sekarang

+ kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang selalu merayap rayap di seluruh permukaan kulit kita

+ kita perasan yang orang terdekat kita mengatakan kita berkelakuan aneh padahal kita rasa normal je. Boleh jadi kita tak sedar pun apa yang kita dah buat

+ kita merasakan yang kita takkan boleh sembuh daripada penyakit Meroyan ni dan jalan keluar yang terbaik adalah dengan membunuh diri

Bila kita ataupun suami kita perasan yang kita dah ada tanda-tanda Meroyan ni jangan cepat panik! Kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ni boleh sembuh secara sempurna. Kebanyakan yang meroyan ni pun biasanya mengalami delusi ataupun halusinasi yang tak memudaratkan diri dan bayi. Hanya 5% je yang dikaitkan dengan bunuh diri  
( suicide rate ) dan hanya 4% je yang melakukan pembunuhan anak kandung sendiri 
( infanticide ).

Suami pulak bila isteri dah ada tanda-tanda meroyan ni jangan la pulak buat tak tahu je. Meroyan tahap dah rasa nak bunuh diri ataupun rasa nak bunuh anak sendiri perlu segera dibawa ke kecemasan. Sila jumpa doktor di bahagian kecemasan ( Emergency Department ) dan ceritakan simptom dan perkara yang dialami isteri.

Ingat! Sokongan suami sangat diperlukan oleh si isteri. Lebih-lebih lagi masa dalam tempoh berpantang. Saya percaya sikap suami masa merawat isteri dalam pantang la yang akan menentukan tahap meroyan si isteri. Saya percaya suami yang tak meminggirkan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dasyat ni.
P/ S : Saya Taufiq Razif doktor biasa je tapi isteri saya yang sekarang doktor kat Bahagian Kecemasan pesan, "Kalau ada tanda-tanda meroyan ringan macam mood swing yang teruk dan menangis tak berhenti tanpa sebab boleh la ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dulu. Nanti doktor di sana akan rujuk pada kaunselor untuk sesi terapi ye". Sila tag dan share pada pasangan masing-masing ye. Bagi saya semua suami kat dunia ni kena tahu ilmu tentang meroyan ni. Baru la hati isteri tenang bila dapat suami yang ada ilmu untuk merawat dan membantu isteri masa tempoh berpantang kan.

Jom bantu isteri kita melalui tempoh berpantang dengan penuh tenang dan tenteram ye.

kredit fb Dr Taufiq Razif

Ahad, 22 Januari 2017

Hati Seorang Ibu

Assalamualaikum..


Hati Seorang Ibu

Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga. Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.


Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.


- Muna liza binti Ismail -
#CACATANMENJELANGKEMATIAN .

kredit fb Mak Liza ( Muna liza binti Ismail )

Banyak Khasiat & Kebaikan Buah Tembikai Susu

Assalamualaikum..

Saya bukan penggemar Tembikai Susu..tapi rasanya ramai yang suka makan tembikai susu ni. Rupanya banyak juga khasiat n kebaikan jika kita makan Tembikai Susu . Lepas ni kena mula suka makan la jawabnya..



Tembikai susu terdapat dua jenis utama iaitu yang berwarna kuning pucat dan kuning. Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang khasiat buah tembikai susu yang dipetik dari Wanita.
  • Baik untuk kulit
Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.
  • Menghindarkan barah
Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.
  • Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.
  • Mengawal tekanan darah
Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
  • Merawat penyakit Hepatitis
Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filifina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.

sumber dari googel

- Mummy Ira -

Selasa, 10 Januari 2017

Jom Makan Nasi Lemak Royale ( Jalil ) Alor Setar


Assalamualaikum..

Kita cerita pasai makan..makan apa..makan nasi..nasi apa..Nasi Lemak Royale laa. Rasanya macam banyak pula cawangan nasi lemak royale ni. Yang terbaru, Nasi Lemak Royale  ( Jalil ) Alor Setar..bertempat di jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Rasanya tak sampai 6 bulan lagi depa beroperasi. Kira baru lagi la.


Saja la pi makan nak tengok apa yang sedapnya. Menu yang sama juga, macam nasi royale yang lain. Yang special sikit ayam goreng panas2 kat situ. Apa yang Saya boleh kata, memang sedap..rasa macam yang asal balik. Kira lepas ni, sini pula nasi royale yang akan kami selalu mai. Selain dari nasi royale, ada juga menu yang lain..macam satay. Ada lagi menu yang lain Cuma masa Saya pi ada satay je la. Nak parking pun senang..kawasan parking disediakan. Kiranya tak payah berebut..masuk parking turun makan ja.


Macam biasa la kan..nak tau sedap ka tak. Kena pi makan. Selera kita memasing..mana sama..ada yang kata sedap, ada yang kata tak. Tapi bagi Saya memang sedap laa..sebabnya jiwa ni dah sebati dengan Nasi Lemak Royale..chewahhh..




- Mummy Ira -

ANTARA PEMUDI PANJAT PAPAN TANDA 'IPOH' DAN KISAH SEDIH PREBET AWANIS OTHMAN - Syahril A. Kadir

Assalamualaikum..

Hasil perkongsian dari fb Syahril A. Kadir


ANTARA PEMUDI PANJAT PAPAN TANDA 'IPOH' DAN KISAH SEDIH PREBET AWANIS OTHMAN


Tadi aku membaca kisah sekumpulan pemudi yang memanjat papan tanda `IPOH’ baru-baru ini. Mereka tampil memohon maaf, mengakui kesilapan kepada semua.

“Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah,”. Namun, kata salah seorang daripada mereka, dia dan rakan-rakannya berpengalaman dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lagak ngeri secara sambilan bagi penggambaran filem malah sering kali mendaki bukit dan gunung kebanyakan di luar negara.

Bila membaca kisah mereka, ingatan aku mengimbau cerita 19 tahun lepas. Akhbar melaporkan tiga perajurit wanita (pranita) Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) 10 Briged Para Kem Terendak, Melaka melakukan 11 kali penerjunan bebas dari ketinggian 3,000 meter memecahkan penguasaan golongan lelaki dalam bidang tersebut selama ini. Penerjunan itu merupakan sebahagian daripada Kursus Asas Terjun Bebas yang dijalankan.

Pranita yang menjadi kebanggaan golongan wanita itu ialah Lans Koperal Thalasiah Yaacob dari Unit Ordnan 10 Briged (Kerani Lojistik) dan Dina ak Sebam serta Awanis Othman dari Markas 1 Briged Para (Bahagian Gaji Belanjawan).

Namun tidak sampai tujuh bulan selepas itu, tragedi menimpa apabila dua anggota tentera termasuk seorang wanita yang pernah menerima anugerah 'sayap berdarah' itu TERKORBAN ketika mengadakan latihan penerjunan bebas di Kem Terendak, Masjid Tanah, Melaka.

Mereka ialah jurulatih payung terjun, Sarjan Ali Ahmad, 35, dari kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pranita Awanis Othman sendiri! Dia baru berusia 21 tahun ketika itu.
Kedua-duanya mati di tempat kejadian apabila payung terjun mereka dikatakan tidak berfungsi ketika terjun dari pesawat Nuri yang ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 6,000 meter dari permukaan bumi.

Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa kedua-dua anggota terbabit bersama kira- kira 20 orang tentera lain sedang mengadakan sesi latihan penerjunan bebas.

Ali yang bertindak sebagai jurulatih dalam latihan itu dipercayai cuba membantu Awanis di udara apabila payung terjun pranita itu dikatakan gagal dikembangkan. Payung terjun Ali juga dikatakan hanya dapat dikembangkan ketika hampir sampai ke tanah sebelum kedua-duanya jatuh di atas jalan raya di kawasan kem berkenaan.

Ali berasal dari Kampung Bahagia, Batu Pahat manakala Awanis berasal dari Kuala Nerang, Kedah.

Mayat kedua-dua mangsa itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kem Terendak sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Nahas itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan latihan biasa bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang semua penerjunan. Laporan awal menunjukkan kesemua peraturan telah dipatuhi oleh kedua-dua penerjun itu.

Apa yang aku nak katakan di sini, sedangkan anggota tentera yang dilatih khas dan lengkap dgn peralatan pun tidak boleh mengelak kemalangan yang terjadi, apatah lagi sekumpulan pemudi berkenaan yang nampak sangat masih lagi 'amatur.'

Betul ajal maut kuasa Tuhan tetapi Tuhan juga beri kita akal dan fikiran. Kalaupun tak menyusahkan diri sendiri, tolonglah jangan menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya kedua-dua anggota tadi terbukti maut dalam usaha hendak mempertahankan agama, bangsa dan negara tetapi kalau adik-adik manis kita tadi TERJATUH masa sedang nak selfie - camana kita nak 'tafsir' pulak dik?

Al-Fatihah buat Awanis dan Sarjan Ali...buat adik2 comel yang panjat signboard Ipoh tu satu jelah abang nak pesan..rezeki jangan ditolak tapi maut jangan dicari ye dik non....

kredit fb Syahril A. Kadir