FAQ Mengenai COQ Health Plus Shaklee

By Zahirah Dzahir - 12/09/2013 07:05:00 PTG

COQ Health Plus Shaklee (COQ10) adalah produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk membantu dalam memelihara kesihatan jantung secara khususnya namun ia juga memberikan kelebihan lain kepada badan kita.





Antara soalan-soalan (FAQ) mengenai COQ Health Plus (COQ10):



1. Apakah itu COQ Health Plus (COQ10)?
COQ10 adalah suplemen yang yang mengandungi Co-Enzyme Q10 ,Vitamin E dan diekstract daripada teh hijau.



2. Apakah fungsi Vitamin E bersama COQ10?

Kombinasi antara Vitamin E bersama COQ10 membantu mengukuhkan keupayaan antioksida yang terdapat dalam Vitamin E kerana COQ10 membantu untuk mengitar dan menjana semula Vitamin E iaitu memberikan perlindungan yang sempurna kepada sel-sel badan kita. 



3. Bagaimana teh hijau yang diekstrak membantu bersama dalam COQ10?
Sebenarnya the hijau yang telah diekstrak mengandungi procyanidins yang ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium iaitu lapisan tisu kapilari darah dan jantung.



4. Siapakah yang boleh ambil COQ10?
 -Mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung ataupun alami masalah jantung ( Coq10 membantu meningkatkan tenaga otot jantung dan baiki kapasiti mengepam ke jantung ).
- Mereka yang mengalami masalah kesuburan terutamanya lelaki kerana Co-Enzyme dipercayai meningkatkan keupayaan sperma
- Mereka yang mengalami keletihan
- Mereka yang mengalami migrain
- Mereka yang inginkan kulit cantik dan sihat kerana COQ10membantu membaiki peredaran darah (membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasikan sel baru yang lebih muda)

5. Berapa biji COQ10 boleh diambil satu hari?
Ambil setiap hari 1 capsul selepas makan

6. Apakah perbezaan COQ10 Shaklee dengan produk yang lain?
Coq10 Shaklee dihasilkan daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya yang merupakan satu-satunya COQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai terhadap kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan COQ10.Selain itu, COQ10 adalah bebas gluten.

7. Siapakah yang tidak boleh ambil COQ10?
- Wanita mengandung
- Wanita yang menyusukan anak
- Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.
- Mereka yang mengambil ubat tekanan darah perlu rujuk kepada doktor dulu.

Berminat untuk dapatk COQ10 jom hubungi saya yea..


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!